PENYANYI Hollywood Adele mendedahkan pihak pengurusan tidak membenarkan dia untuk mengetahui kata laluan media sosial miliknya. Memetik laporan Enews! ia susulan penyanyi tersebut pernah memuat naik foto yang dianggap melanggar budaya sehingga menerima kecaman netizen. "Mereka mengambil password media sosial saya. Sebab sebelum ni saya pernah muat naik gambar dengan menggunakan bikini bendera Jamaica," ujarnya. Tambah Adele, sememang sejak dulu lagi dia tidak tahu tentang kata laluan media sosialnya. Alasan pihak pengurusannya mereka tidak membenarkan penyanyi tersebut ambil tahu tentang kata laluan tersebut bagi mengelakkan dia membuat posting ketika mabuk. "Pihak pengurusan takut kalau saya memuat naik sesuatu ketika dalam keadaan mabuk atau hal yang mengganggu orang awam," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!