SELEPAS hubungan cinta dengan Camila Cabello berakhir, Shawn Mendes dilihat patah hati dan memilih untuk mencurahkan luahan hati menerusi sebuah lagu yang baru dilancarkan pada Khamis. Lagu yang berjudul It'll be Okay itu dibuat selepas sahaja hubungan mereka berkahir dan mengungkapkan hatinya sedang kecewa. Bagaimanapun, Camila turut memberikan respons positif dan menyifatkan lagu tersebut 'indah'. "Lagu ini jujur daripada hati dan sememangnya ditulis fasal dia dan Camila. "Camila telah mendengar lagu itu dan memberitahu kepada Shawn yang lagu itu sangat indah," kata sumber. Shawn Mendes dan Camila mendedahkan hubungan mereka telah berakhir menerusi Instagram masing-masing baru-baru ini. Walaupun berpisah namun mereka mengambil keputusan untuk terus berhubung sebagai seorang kawan. - GeoTV Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!