suria

Preity Zinta kongsi foto pertama dengan anak kembar

Preity Zinta berkongsi foto dengan salah seorang anak kembar.

PELAKON Bollywood Preity Zinta berkongsi foto pertama bersama salah seorang anak kembarnya kepada peminat di Instagram miliknya pada Selasa.

Bayi yang baru lahir boleh dilihat dibaluti dengan selimut biru dan topi yang sepadan namun wajah bayi itu masih belum didedahkan.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi dan komen daripada rakan selebriti antaranya Anushka Sharma, Priyanka Chopra, Dia Mirza, dan Patralekhaa.

Pada November lepas, Preity berkongsi swafoto yang memaparkan dirinya dengan Gene Goodenough dan menulis nota panjang, berkongsi berita tentang kehadiran kembarnya.

Anak kembar mereka diberikan nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough yang baru berusia sebulan.- PinkVilla

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Preity Zinta, anak kembar

Artikel Lain