suria

Ed Sheeran nyaris terbunuh Elton John gara-gara insiden baling loceng

Ed Sheeran dan Elton John merakam sebuah lagu Krismas bersama.

PENYANYI British Ed Sheeran mendedahkan bagaimana dia hampir membunuh Elton John pada set video muzik lagu baharunya yang berjudul Merry Christmas.

Memetik laporan Geo TV, penyanyi berusia 30 tahun itu memberitahu bahawa dia melemparkan loceng yang melepasi kepala Elton.

ARTIKEL BERKAITAN: Senang bekerjasama, Ed Sheeran sekali lagi buat lagu untuk BTS

"Kami baru sahaja merakam video muzik Krismas dan saya hampir membunuh Elton dengan loceng. Dalam video itu, terdapat rakaman saya berpakaian seperti Santa Claus yang seksi dan menendang hadiah.

"Tetapi hadiah itu mempunyai loceng logam besar di atasnya. Saya menunjukkan rakaman video yang telah diperlahankan itu kepada Elton dan kelihatan loceng tersebut melepasi kepalanya.

"Jika tidak, dia boleh tercedera di kepalanya. Perasaan seram melanda tubuh saya ketika ia terbang di udara," kata Ed Sheeran kepada Zane Lowe dari Apple Music.

Disebalik kesulitan kecil yang berlaku, penyanyi lagu Perfect itu gembira dapat merakam muzik video tersebut bersama Elton John.

"Kami telah membuat parodi semua video muzik Krismas British yang hebat di dalam Merry Christmas," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain