suria

Teayang dah jadi ayah, timang cahaya mata pertama selepas 3 tahun berkahwin

Tahniah Teayang kini bergelar bapa.

AHLI kumpulan Big Bang, Teayang dan isteri Min Hyo Rin kini bergelar ibu bapa selepas menimang cahaya mata pertama baru-baru ini.

Pasangan yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga dilaporkan mendapat cahaya mata lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN:Cinta lokasi... Jeon Jong Seo sah bercinta, keluar ‘dating’ dengan pengarah Lee Choong Hyun

Menurut agensi YG Entertainment, ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

"Memang benar Taeyang dan Min Hyo Rin menyambut kelahiran bayi lelaki mereka," kata wakil YG Entertainment seperti dilapor Koreaboo.

Berita kehamilan Min Hyo Rin yang juga seorang pelakon pertama kali dilaporkan pada September 2021.

Pasangan ini mula bercinta pada 2014 selepas bertemu di lokasi penggambaran muzik video Taeyang berjudul 1AM.

Mereka mendedahkan hubungan cinta itu pada tahun 2015 dan akhirnya membuat keputusan berkahwin pada Februari 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain