suria

Hubungan Dua Lipa, Anwar Hadid dilanda krisis... dua-dua sibuk dengan kerja

Dua Lipa dan Anwar Hadid mula bercinta sejak Jun 2019.

HUBUNGAN antara penyanyi Dua Lipa dan model Anwar Hadid dilanda krisis disebabkan jarang berjumpa kerana kedua-duanya sibuk dengan kerja masing-masing.

Dua Lipa dan Anwar Hadid sering menunjukkan kasih sayang mereka sebagai pasangan, namun sejak kebelakangan ini mereka berdua jarang dilihat bersama.

Memetik laporan The Sun, sumber mengatakan pasangan tersebut sememangnya sibuk dengan kerja dan ia telah memberi kesan kepada hubungan cinta mereka.

"Pasangan itu mendapat idea untuk berehat daripada hubungan mereka bulan lepas kerana terlalu banyak mengembara dan berpisah ternyata sukar.

"Hubungan mereka sedang dalam krisis dan nampaknya bermasalah," kata sumber itu.

Dua dilaporkan sedang merakam album di London dan juga Los Angeles, manakala Anwar pula bekerja di New York.

Baru-baru ini Anwar turut memuat naik posting di Instagram yang dianggap sebagai petanda krisis percintaannya apabila dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membimbing langkahnya dan membolehkan dia belajar lebih bahagia dengan dirinya.

Dua dan Anwar mula menjalinkan hubungan pada Jun 2019. -THE SUN

Artikel Lain