SELEPAS sebulan pemergian pelakon Vanessa Angel, timbul banyak konflik membabitkan keluarganya dengan keluarga mentua. Seperti diketahui bapanya iaitu Doddy Sudrajat pernah menuntut hak penjagaan cucu iaitu Gala Sky dan didakwa mahu mendapatkan harta peninggalan arwah. Lebih membuatkan netizen bengang apabila Doddy menyatakan hasrat mahu memindahkan kubur Vanessa. Gara-gara itu, netizen bertindak mewujudkan petisyen meminta Doddy diboikot daripada televisyen. Petisyen menerusi laman change.org itu dibuat oleh Jessica D minggu lalu dengan menyatakan beberapa alasan mereka perlu memboikot Doddy. "Ayah arwah Vanessa Angel sangat menganggu kerana masuk ke dunia TV dengan kontroversi yang membuatkan netizen geram. "Belum pun 40 hari anak dan menantu meninggal dunia, dia sudah bertanyakan mengenai harta warisan, memfitnah serta mencari simpati orang dengan cara salah. "Maka saya berharap dengan petisyen ini ayah Vanessa Angel boleh diboikot daripada muncul di TV kerana sangat menganggu," tulis Jessica pada ruangan penerangan. Tidak menunggu lama, petisyen itu telah ditandatangani oleh ribuan netizen yang menyokong gerakan memboikot Doddy. Vanessa dan suaminya Febri Ardiansyah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. SUMBER: KapanLagi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!