suria

Doddy Sudrajat gagal dapat hak jaga anak arwah Vanessa Angel, berebut dengan besan

Permohonan Doddy untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas cucunya gagal.

MAHKAMAH Agama Jakarta Pusat menolak petisyen hak penjagaan ke atas cucunya yang difailkan oleh bapa kepada Allahyarham Vanessa Angel.

Doddy Sudrajat sebelum ini mengemukakan permohonan penjagaan untuk cucunya iaitu Gala Sky Ardiansyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Doddy Sudrajat tetap bertegas pindah kubur Vanessa Angel... Sudah tempah batu nisan baharu!

"Majlis telah membacakan keputusan seperti yang kita sampaikan minggu lalu.

"Kes penjagaan anak dan penetapan ahli waris kedua-duanya dinyatakan tidak dapat diterima," kata Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Agama Jakarta Pusat, Jajat Sudrajat.

Selain itu, Jajat turut menjelaskan bahawa permohonan tersebut ditolak kerana hak penjagaan terhadap Gala turut difailkan oleh bapa arwah Febri Andriansyah iaitu Faisal.

Bapa Bibi sebelum ini memfailkan permohonan itu di Mahkamah Agama Jakarta Barat.

"Pemohon Doddy Sudrajat belum mempunyai kedudukan sah untuk mewakili kanak-kanak itu kerana kes masih dalam proses di Jakarta Barat,” katanya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Doddy Sudrajat secara rasmi mendaftarkan permohonan hak penjagaan ke atas cucunya, Gala di Pengadilan Agama Jakarta Pusat, pada 10 Disember. - WOWKEREN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain