suria

Inul Daratista bimbang suami tiba-tiba jatuh sakit, belum sedia jadi janda

Suami Inul dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat.

PENYANYI dangdut Indonesia, Inul Daratista berkongsi berita duka mengenai suaminya iaitu Adam Suseno yang dikejarkan ke hospital kerana tidak sihat.

Menurut laporan Kompas, Inul meluahkan kebimbangan mengenai keadaan suaminya itu, lebih-lebih lagi dia tiada di sisi dan sedang berada di luar kawasan kerana bekerja.

"Selepas anaknya sakit, sekarang papa pula. Saya sudah kembali ke Jakarta untuk kerja lagi, macam mana ni?" tulisnya menerusi laman Instagram pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Meski berbeza agama, Inul Daratista masih ingat pesanan mendiang ibu mentua... salah satunya jaga solat!

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto Adam dilihat terbaring sambil menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Goyang Inul ini mendoakan agar suaminya itu segera sembuh dan sempat berjenaka belum bersedia untuk bergelar ibu tunggal.

inul 2

Kapsyen ditulis Inul di Instagram mencuit hati pengikut.

"Sembuh ya sayang. Aku tak mahu jadi janda! Anak masih kecil.

"Ayuh sihat. Jangan sakit-sakit pak kumis!" katanya.

Untuk rekod, Inul berkahwin dengan Adam Susano pada tahun 1995 dan dikurniakan seorang anak lelaki Yusuf Ivander Damares,12.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain