suria

Dugaan Zoe Kravitz berlakon dengan kucing dalam ‘The Batman’

Filem The Batman dijangka temui penonton Mac tahun depan.

PELAKON filem The Batman yang membawa watak Catwoman iaitu Zoe Kravitz mengakui berdepan cabaran menjalani penggambaran bersama beberapa ekor kucing dalam naskah terbaharu itu.

Menurut laporan Slashfilm, Zoe berkata dia dan kru terpaksa mengikut ragam kucing-kucing tersebut sepanjang berada di set penggambaran.

Sifat haiwan comel ini yang tidak duduk diam menyebabkan proses penggambaran tergendala dan terganggu.

"Susah juga berlakon dengan haiwan ini, antara paling lucu berlakon dengan kucing apabila kita dah siap nak mulakan penggambaran tapi kucing-kucing ini masih bermain dengan permainan mereka.

"Pengalaman berlakon dengan kucing sangat mencuit hati kerana kita tak boleh nak menyuruh ia melakukan apa yang kita mahu," katanya.

batman 1

Ramai teruja menantikan filem The Batman.

Bukan itu sahaja, Zoe juga berkata proses penggambaran memerlukan lebih banyak masa kerana mereka perlu mengulangi beberapa adegan bersama kucing-kucing itu di tempat yang sama daripada sisi berbeza.

The Batman arahan Matt Reeves dijangka akan menemui penonton seluruh dunia bermula 4 Mac tahun depan.

Istimewanya dalam filem kali ini turut menampilkan lebih banyak adegan bersama watak adiwira Catwoman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain