suria

Nikita Willy ligat bersenam ketika hamil, doktor bagi tip suruh berenang gaya kuak dada

Doktor menyarankan Nikita untuk berenang bagi membantu perkembangan kesihatan janin.

BERBADAN dua bukan alasan bagi pelakon Indonesia Nikita Willy untuk menjalankan rutin senamannya.

Nikita malah dinasihatkan oleh doktor untuk terus berenang kerana ia bermanfaat untuk janin dalam kandungannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy buka cerita buat rawatan kesuburan, tiba-tiba datang haid - “Saya menangis dalam tandas!”

Antara sukan yang dilakukan Nikita setiap minggu ialah gim, berenang, yoga dan pilates.

“Doktor menyarankan agar dia berenang sejak awal kehamilan. Sebagai contoh,gaya kuak dada akan memberi banyak ruang kepada janin.

"Dulu saya berdiam sahaja, itu tidak bagus untuk kesihatan janin,” kata Nikita Willy dalam saluran YouTube TS Media pada Selasa.

Bagaimanapun, Nikita Willy berkata terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan oleh wanita hamil ketika melakukan senaman.

"Senaman seperti High Intensity Trainin (HIT), melompat dan mengangkat berat perlu dielakkan. Jika ia tidak melebihi batas, tak mengapa," kata Nikita.

Rutin sukan Nikita Willy dapat dilihat menerusi video yang sering dikongsi artis itu di akaun Instagram miliknya.

Sebelum ini, Nikita akui boleh bersenam empat kali seminggu di gim, berenang atau pilates.

Dalam oada itu bagi Nikita, kehamilan bukanlah alasan untuknya bermalas-malasan dan hanya duduk diam tanpa banyak bergerak malah merasakan badannya kejung jika tidak rajin bersenam.

“Saya rajin bersenam sebelum hamil, jadi saya rasa tidak ada sebab untuk tidak bersenam lagi.

"Doktor saya juga benarkan saya bersukan. Saya tidak berhenti kerana rasa seperti kekejangan jika hanya tinggal di rumah," tambah Nikita.-KOMPAS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain