suria

Kim Dong Hee menang kes dakwaan buli rakan sekelas OKU, pendakwa tidak cukup bukti

Kim Dong Hee berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah.

SELEPAS 10 bulan berdepan dengan tuduhan membuli rakan sekelas kurang upaya, akhirnya pelakon Kim Dong Hee berjaya membuktikan dia tidak bersalah.

Memetik laporan Soompi, peguam yang mewakili aktor itu iaitu Jang Hyun Woo memberitahu tiada bukti yang menyokong tuduhan yang dilemparkan kepada anak guamnya.

Menurutnya lagi, Kim Dong Hee tidak akan menyakiti rakan sekelas terutama orang kurang upaya memandangkan dia juga mempunyai ahli keluarga seperti itu.

"Tiada bukti yang menyokong tuduhan tersebut dan selepas siasatan dijalankan, Kim Dong Hee disahkan tidak bersalah.

"Kim Dong Hee juga mahu membetulkan informasi mengenai membuli rakan sekelas kurang upaya. Dia membesar dengan dua orang kurang upaya dalam keluarga.

"Walaupun dia mempunyai kehidupan keluarga yang sukar, dia tetap cuba untuk lindungi dan menjaga keluarganya daripada disakiti," katanya.

Sekitar Februari lalu, terdapat individu yang memuat naik status mendakwa aktor Kim Dong Hee yang lahir pada 1999 merupakan pembuli di sekolah.

Individu itu memuat naik gambar dia menunjukkan dirinya adalah salah seorang murid dari sekolah yang sama dengan Kim Dong Hee sebagai bukti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain