suria

Ivan Gunawan pelihara anak patung jadi teman hidup... Siap buka akaun Instagram

Ivan memelihara dua anak patung dianggap anak sendiri.

NAMA pengacara dan pereka fesyen terkenal dari Indonesia, Ivan Gunawan menjadi perbualan hangat netizen gara-gara memelihara dua anak patung yang dianggap seperti anak sendiri.

Menurut laporan KapanLagi, Ivan turut mencipta akaun Instagram khas untuk kedua-dua ‘anaknya’ itu.

Kata Ivan, 39, anak patung yang kelihatan seperti seorang bayi itu bukan sekadar permainan, sebaliknya menjadi peneman hidup.

"Boneka ini hadiah dari Ruben Onsu. Saya buatkan dia Instagram kerana saya tidak melihat ia sebagai patung tetapi teman hidup, teman yang boleh hidup bersama saya.

"Jadi kalau pergi kemana-mana saya akan bawa, sebab itu saya buatkan Instagram untuk mereka," katanya.

ivan 2

Ivan wujudkan Instagram untuk 'anaknya' itu.

Tindakan Ivan memelihara anak patung itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen sehingga ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak mengambil anak angkat.

"Saya bukannya tak mahu ambil anak angkat tapi semua itu kena ada persediaan kita kerana mengambil anak bernyawa itu berat ya, hati kena betul-betul sayang.

"Ya mungkin satu hari nanti kita tak tahu... cuma buat masa ini saya belum terfikir mengambil anak angkat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain