SUDAH memasuki 2022, YouTuber terkenal Indonesia iaitu Atta Halilintar mengakui banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui sepanjang tahun lalu. Atta menerusi laman Instagram miliknya berkata 2021 merupakan tahun yang penuh dengan air mata dan kegembiraan. Tahun lalu juga memberi kegembiraan buatnya apabila bernikah dengan isterinya iaitu Aurel Hermansyah selain bakal menjadi bapa tidak lama lagi. "Tahun 2021 merupakan salah satu tahun yang paling memberi kesan. Banyak berfikir, kerja keras, air mata, senyum dan tawa sepanjang tahun itu. "Bermula awal tahun bernikah. Mempunyai isteri yang baik dan tak lama lagi nak menjadi bapa untuk anak perempuan saya. "Mungkin tak dapat nak digambarkan dalam satu perkongsian ini. 2021, terima kasih semuanya. 2022, saya akan berusaha hidup lebih sihat," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!