suria

Judika tak kejar harta, mahu hidup gembira dengan keluarga - “Bukan wang yang jadi Tuhan”

Judika lebih senang membiarkan isteri uruskan kerjaya.

DEMI memastikan keluarga tidak terabai gara-gara jadual kerja yang padat, penyanyi Judika akui selesa untuk membiarkan isterinya bertindak sebagai pengurus.

Kata penyanyi Bukan Dia Tapi Aku ini keluarga adalah keutamaan untuknya.

"Saya mahu hidup gembira. Keutamaan saya sekarang adalah keluarga. Jika keluarga terabai disebabkan kerja, pasti ada silapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedih tak dapat bermain bola sepak” - Judika hilang sumber pendapatan, 18 acara dibatalkan

"Makanya saya biarkan isteri yang mengurusakan jadual. Kami bangunkan perniagaan yang dijalankan dengan pengetahuan dan cita-cita bersama.

"Ramai orang berjaya di luar sana namun mereka hidup tertekan. Saya tidak mahu jadi seperti itu, bukan wang yang menjadi Tuhan. Apa yang penting adalah gembira," ujar Judika dalam satu temu bual.

judika family

Judika bersama isteri dan dua cahaya mata mereka.

Bagi memastikan jadual kerjanya disusun rapi, Judia dan isterinya Duma Riris menubuhkan syarikat pengurusan sendiri yang diberi nama Dua Anak Deo (DAD).

Dalam pada itu bercerita tentang keluarga, bapa kepada dua orang anak ini juga berkongsi perancangan untuk menambah cahaya mata pada masa akan datang.

"Menguruskan anak dalam jarak usia dekat dilihat seperti satu tekanan buat isteri. Jadi soal tambah anak biarlah dahulu.

"Perancangan memang mahu memiliki tiga orang anak. Sekarang sudah ada dua. Semuanya terserah kepada isteri saya," jelas Judika.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan kini dikurniakan sepasangan cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain