suria

Anak Ayu Ting Ting tertidur ketika tonton konsert BTS, rupa-rupanya alami ‘jet lag’

Gelagat lucu Bilqis sewaktu menonton konsert BTS merupakan pengalaman paling tidak dapat dilupakan Ayu.

PELAKON dan penyanyi Ayu Ting Ting berkongsi pengalaman lucu ketika membawa anak perempuannya yang bernama Bilqis ke Amerika Syarikat (AS) untuk menonton konsert BTS baru-baru ini.

Memetik laporan Suara.com, perbezaan masa antara Indonesia dan Amerika menjadikan Bilqis atau Bilqis Khumairah Razak, 9, mengalami jet lag dan tertidur sewaktu pertengahan konsert.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting tertekan sering dikecam, tak tahu apa kesalahan hingga terlalu dibenci netizen

"Dia tertidur waktu pertengahan konsert, itu yang paling lucu dan saya tak boleh lupa. Saya dah beli tiket yang mahal, tetapi dia tertertidur pula.

"Bilqis alami jet lag, jadi setiap pukul 6 petang waktu AS dia sudah keletihan," kata Ayu.

Bagaimanapun Ayu berkata dia begitu gembira saat melihat Bilqis bersemangat apabila menonton BTS menyanyi secara langsung.

Kata Ayu anak perempuannya yang berusia 8 tahun itu bagaikan tidak percaya dia dapat menonton persembahan BTS dengan begitu dekat.

"Bilqis tidak percaya, dia bertanya adakah ini benar-benar konsert BTS," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain