suria

Naufal Samudra dibebaskan, polis tak jumpa bukti miliki dadah

Naufal mohon anak muda ambil pengajaran

PELAKON Indonesia, Naufal Samudra, 23, dibebaskan pihak polis selepas dua hari ditahan akibat terkait penyalahgunaan dadah.

Setelah menjalani siasatan, polis tidak menjumpai bukti kukuh yang boleh mengaitkannya dengan kes tersebut.

Selain itu ujian air kencing yang dijalankan juga negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Alasan Nia Ramadhani ambil dadah kerana sedih bapa meninggal, hakim pula persoalkan sudah 7 tahun berlalu

Meskipun pernah dikaitkan dengan masalah sama sekitar tahun 2020 dahulu, Naufal akui dirinya kini bersih dan turut menasihati anak mudah supaya menjauhi dadah.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Polis Daerah Metro Jaya (Indonesia) kerana sudah ingatkan saya tentang dadah.

Naufal (tengah) ketika sidang media selepas dibebaskan

“Sekarang saya sudah bersih.

“Untuk generasi muda, mohon jadikan ini sebagai contoh dan pengajaran. Jangan cuba-cuba sentuh dadah,” ujar Naufal.

Naufal ditahan di rumah ibu bapaya di daerah Jakarta Selatan pada 7 Januari lalu selepas pihak polis di sana mendapat maklumat terdapat pesanan membeli dadah oleh pelakon Mermaid In Love itu.

Dia sebelum ini pernah ditahan pada tahun 2020 atas kesalahan memiliki dadah. - KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain