suria

Rizky Billar dan Lesti Kejora kongsi wajah dan nama Baby L... Muhammad Leslar Al Fatin Billar

Lesti dan Rizky kongsi nama anak mereka.

PASANGAN selebriti Rizky Billar dan Lesti Kejora akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka yang sebelum ini digelar Baby L.

Bayi lelaki yang dilahirkan pramatang pada 27 Disember lalu itu diberi nama Muhammad Leslar Al Fatin Billar.

Menurut Rizky menerusi acara Welcome Baby L yang ditayangkan di Indosiar pada malam Sabtu, bayi dan ibunya kini berada dalam keadaan sihat.

Dia juga menjelaskan maksud nama anak pertamanya yang dianggap sesuai dengan bayi sulung mereka.

anak lesti

Comelnya Baby L.

“Muhammad adalah nama pertama saya. Nama itu adalah seorang Rasul yang sangat dimuliakan. Saya tak ingin nama ini menjadi beban, tapi saya punya harapan dengan memberikan nama ini kepada anak saya.

“Kenapa Leslar? Kerana nama ini nama yang disebut ketika pertama kali ditanya Tukul Arwana. Ia juga nama gabungan kami, nama ini menjadi sesuatu yang besar dan mengandungi doa jutaan orang,” ujarnya. - LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain