BINTANG Indonesia Irwansyah menarik semula laporan polis dan tindakan sivil terhadap adiknya Hafiz Fatur yang menyebabkan rumah dan keretanya disita pihak bank. Hafiz Fatur dilaporkan ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan pada 19 November 2021 dengan dakwaan pemalsuan tanda tangan akaun pinjaman bank. "Kemungkinan akan kami tunda atau mencabut semula laporan terhadap Hafiz. "Kami baru keluarkan surat berhubung penundaan pemeriksaan dan sekaligus menyampaikan bahawa klien kami memilih fokus ke tindakan sivil," kata peguam. Sehingga kini Hafiz Fatur yang didakwa masih berstatus sebagai buruan polis. Terdahulu, Irwansyah menjadi salah seorang mangsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank. Dokumen tersebut ialah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar. - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI