suria

Rizky Billar lebih sensitif selepas jadi bapa, sakit hati baca komen hina isteri dan anak

Rizky Billar kecewa anak dan isteri dihina netizen.

PELAKON Rizky Billar mengakui kecewa apabila membaca banyak komen negatif ditujukan kepada isterinya iaitu Lesti Kejora dan anak pertama mereka yang baru dilahirkan.

Menurut laporan Kompas, Rizky berkata sebagai suami dan bapa, hatinya sakit membaca komen yang ditulis netizen di media sosial itu.

"Saya kebelakangan ini agak sensitif ya, kerana saya sedang menjadi seorang ayah. Lagi-lagi bila buka media sosial keluar notifikasi tidak seronok dan menyakitkan untuk dibaca.

ARTIKEL BERKAITAN: Difitnah hamil luar nikah... Lesti Kejora, suami bongkar rahsia nikah senyap-senyap awal tahun ini - “Benar, saya kini hamil tiga bulan”

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar kecewa Lesti Kejora difitnah hamil sebelum kahwin - “Kami dibesarkan oleh keluarga yang tahu tentang agama”

"Kalau komen itu dituju kepada saya, saya tak terlalu marah... tapi komen negatif itu ditujukan kepada anak dan isteri saya, hati saya sangat sakit," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di YouTube Leslar Entertainment pada Khamis.

Tidak menyangka netizen tergamak menulis kata-kata hinaan sedemikian, Rizky berkata tindakan mereka itu seolah-olah lebih tahu mengenai kehidupan mereka sekeluarga.

Rizky bagaimanapun sedar sebagai manusia biasa dia tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Rizky lesti kahwin

Pasangan ini rasmi berkahwin pada Ogos dan timang cahaya mata pada Disember tahun lalu.

"Kenapa orang-orang ini seakan-akan tahu semuanya, seperti apa yang saya lakukan itu salah. Padahal saya tak pernah melakukan kesilapan pada mereka.

"Tapi saya sedar kita memang tak boleh nak paksa orang suka kita. Bahkan malaikat pun dibenci sama iblis dan nabi yang paling mulia pun dibenci oleh manusia," ujarnya.

Pada 26 Disember lalu, Lesti selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang yang digelar Baby L.

Perkahwinan pasangan ini menjadi kontroversi apabila pengguna media sosial perasan bentuk tubuh dan perut Lesti kelihatan besar sewaktu majlis pernikahan yang berlangsung pada Ogos tahun lalu.

Kontroversi mengenai kebarangkalian Lesti hamil di luar nikah menjadi perbualan di media sosial sehingga Rizky akhirnya mendedahkan mereka sebenarnya telah menikah awal tahun lalu dan merasmikan perkahwinan pada Ogos untuk tatapan umum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain