suria

Anugerah Grammy ditunda gara-gara varian Omicron, BTS batal penerbangan ke AS

BTS batalkan penerbangan ke Amerika Syarikat.

ANUGERAH Grammy 2022 secara rasmi ditunda kerana dianggap terlalu berisiko selepas penularan varian omicron Covid-19.

Majlis yang sepatutnya diadakan secara langsung pada 31 Januari di Los Angeles itu masih belum mempunyai tarikh baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: BTS gagal bawa balik trofi Grammy Award 2021, Megan Thee Stallion menang besar

Recording Akademi berkata, keputusan penangguhan itu selepas mengambil kira daripada pelbagai sudut dan pandangan pakar tentang risiko jangkitan virus berkenaan.

"Keputusan ini dibuat selepas pertimbangan dan analisis yang teliti dengan pegawai bandar dan negeri, pakar kesihatan dan keselamatan, komuniti artis dan ramai rakan kongsi kami,"

"Ketidakpastian mengenai varian omicron ini hanya akan mengundang risiko," ujarnya.

Tahun lalu, Anugerah Grammy sepatutnya diadakan pada 31 Januari turut ditangguhkan ke 14 Mac kerana penularan Covid-19 di seluruh dunia.

Sementara itu, BTS yang tercalon di anugerah berprestij bagi tahun kedua telah membatalkan penerbangan mereka ke Amerika Syarikat.

Big Hit Music dalam kenyataannya berkata, pihaknya menghentikan semua persiapan untuk majlis itu selepas menerima berita tersebut.

Bagaimanapun, konsert di Seoul dijadualkan pada Mac akan diteruskan tanpa sebarang halangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain