suria

Tak tahan terima komen buruk, Song Ji Hyo ambil tindakan undang-undang

Song Ji Hyo kerap menerima komen negatif di laman sosial.

AGENSI pengurusan Creative Group ING bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang meninggalkan komen atau menyebarkan fitnah mengenai pelakon Song Ji Hyo.

Memetik laporan Soompi, pihak agensi tidak akan berdiam diri lagi kerana penyebaran fitnah terhadap artis mereka semakin menjadi-jadi.

"Khabar angin, komen dengan niat jahat berdasarkan maklumat palsu, berita fitnah dan penghinaan terhadap Song Ji Hyo di laman sosial semakin menjadi-jadi setiap hari.

"Menerbitkan berita yang dianggap sebagai penghinaan dan fitnah berdasarkan maklumat tidak sahih jelas salah dan ia tertakluk kepada tindakan undang-undang yang ketat.

"Kami cuba untuk memahami dengan kebebasan bersuara di internet tapi kami memutuskan untuk ambil tindakan," kata agensi.

Sebelum ini, pihak mereka juga mengambil tindakan undang-undang terhadap komen yang menyerang penyanyi Hyeri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain