PENYANYI dangdut Indonesia, Inul Daratista sering berkongsi kisah hariannya di media sosial dan pastinya akan mengundang pelbagai reaksi peminat. Bukan sekadar berkongsi, penyanyi lagu Goyang Inul ini juga dilihat rajin membalas komen-komen yang dihantar peminat-peminatnya. ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista bimbang suami tiba-tiba jatuh sakit, belum sedia jadi janda Apa yang menarik perhatian baru-baru ini apabila dia mendedahkan mempunyai seramai 12 orang pembantu rumah dan ada dalam kalangannya tidak mahu berkahwin semata-mata enggan keluar dari rumah itu. "Pembantu saya ada 12 orang dan ada yang sudah 20 tahun bekerja. "Sampai ada yang tidak mahu nikah hingga tua, mahu mengabdi. Semuanya belum mahu keluar," tulis Inul menjawab komen peminat yang mahu menjadi pembantu rumahnya. Dalam masa sama Inul turut mengingatkan agar semua orang sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) dalam keadaan pandemik Covid-19 ini. - LIPUTAN6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI