suria

“Saya artis, bukan varian Covid-19” - Omarion

Ini bukan kali pertama nama Omarion terkait dengan isu semasa.

KEHIDUPAN penyanyi Omarion tidak tenteram sejak dunia kecoh dengan kemunculan varian baharu wabak koronavirus iaitu Omicron.

Omarion atau nama sebenarnya Omari Ismael Grandberry bukan sahaja risau dengan risiko penularan, tetapi namanya juga sering dikaitkan dengan varian virus penyebab Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang varian Omicron, kerajaan tangguh sementara kebenaran perjalanan umrah

"Hello semua, ini Omarion. Saya artis, bukan varian

"Jadi saya minta anda sedar bahawa jika anda bertemu saya di jalanan, tidak perlu kuarantin selama lima hari.

"Anda juga tidak memerlukan keputusan ujian negatif untuk mendengar atau menari mengikut muzik saya," katanya menerusi sebuah video pendek di media sosial.

Penyanyi berusia 37 tahun itu turut mengucapkan selamat tahun baharu dan berharap orang ramai akan terus menjaga kesihatan mereka.

Dalam pada itu, ini bukan kali pertama namanya tercemar kerana kumpulan vokalnya B2K juga pernah mengalami nasib yang sama.

"Saya tahu terdapat banyak kekeliruan di internet sejak kebelakangan ini. Jadi peguam saya meminta saya membaca ini.

"Saya Omarion, seorang pemuzik dan penghibur bukan varian. Kali terakhir saya terpaksa melakukan perkara seperti ini pada tahun 2000 apabila orang keliru antara Y2K dan B2K," katanya dalam video lain di Instagram.-NBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain