suria

Permohonan ‘bayi’ kulit album Nevermind saman Nirvana ditolak hakim

Saman Spencer digugurkan oleh hakim mahkamah

KES saman seorang lelaki bernama Specer Elden terhadap kumpulan rock popular Nirvana dan beberapa nama lain digugurkan oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Central California.

Ia berikutan kegagalan Elden mengemukakan bantahan terhadap permohonan kumpulan itu selaku defendan yang mahukan kes ini digugurkan pada 31 Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gitar milik Kurt Cobain terima bidaan tertinggi sebanyak RM26 juta

Bagaimanapun hakim mahkamah Fernando M. Olguin membenarkan Elden untuk kembali menfailkan saman sebelum 13 Januari 2022.

"Plantif faham bahawa kegagalan menfailkan saman kedua akan menyebabkan kes ini digugurkan tanpa prejudis," jelas Olguin.

Screen-Shot-2021-08-24-at-6.59.46-PM

Wajah kulit depan album Nirvana yang berjudul Nevermind

Tahun lalu Elden menfailkan sama terhadap anggota kumpulan NirvanaDave Grohl dan Krist Novoselic, isteri kepada vokalisnya Courtney Love serta beberapa nama lain yang terlibat dalam pembikinan album berjudul Nevermind.

Album tersebut yang dilancarkan pada tahun 1991 didakwa menggunakan gambar seorang bayi tanpa kebenaran juga imej berbaur seksual.

Antara individu lain yang turut disenaraikan adalah pengurus muzik Guy Oseary dan Heather Parry, jurugambar Kirk Weddle, pengarah seni Robert Fisher dan bekas pemain drum Nirvana, Chad Channing.- VARIETY

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain