suria

Ivan Gunawan tepis dakwaan bela anak patung ada kaitan roh mistik - “Saya tak pelihara jin atau iblis”

Ivan bersama dua anak patung yang diberi nama Marvel dan Miracle.

BARU-BARU ini nama pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia Ivan Gunawan menjadi sebutan kerana membela dua anak patung sebagai anaknya sendiri.

Susulan itu, ramai mengaitkan patung itu dengan perkara mistik dan dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan berdosa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ivan Gunawan pelihara anak patung jadi teman hidup... Siap buka akaun Instagram

Sehubungan itu, Ivan menegaskan bahawa dua anak patungnya iaitu Marvel dan Miracle dianggap sebagai kanak-kanak dan bukanlah boneka roh dengan kuasa mistik.

Memetik laporan Liputan6, layanan istimewa yang diberikan kepada anak patungnya itu adalah salah satu cara dia melayan barangan kesayangannya

"Anak saya (anak patung) bukan anak syaitan, tiada kena mengena dengan syaitan, jin dan macam-macam lagi.

2131110466

Ivan menegaskan bahawa anak patung miliknya itu tiada kaitan dengan syaitan.

"Saya mendapatkan anak patung tersebut daripada Ruben Onsu.

"Walaupun semua tahu itu adalah anak patung, tetapi setiap orang ada caranya untuk melayan sesuatu yang dia suka. Minat apa yang dia suka," katanya.

Selain itu, Ivan tidak menghiraukan pandangan masyarakat terhadapnya serta menafikan dakwaan dia menyembah atau memelihara syaitan dan seumpamanya.

Dalam pada itu, Ivan membandingkan dirinya dengan masyarakat umum yang juga mempunyai barangan kegemaran.

"Mungkin ada juga yang suka bercakap dengan kereta atau motor mereka. Jadi mungkin bukan saya sahaja yang gila.

"Pendapat serong itu terpulang pada masyarakat, mereka yang membuat kesimpulan sendiri.

"Saya tidak merasa patung itu mempunyai sebarang roh. Saya jaga syaitan, nampak syaitan... saya jaga Dajal, jadi ia sesuatu yang saya suka," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain