suria

Gal Gadot tak sakit bersalin, kalau boleh mahu dapat anak setiap minggu

Gal Gadot ingin melahirkan anak setiap minggu.

PELAKON Hollywood Gal Gadot mendedahkan keinginan untuk bersalin setiap minggu kerana teruja dengan keajaiban sewaktu bersalin.

Bintang Red Notice itu berkata demikian ketika membincangkan kegembiraan menjadi seorang ibu dan bercakap secara eksplisit tentang kelahiran.

ARTIKEL BERKAITAN:Gal Gadot pilih nama Daniella Varsano untuk anak ketiganya

"Saya suka bersalin. Saya akan melakukannya sekali seminggu jika boleh.

"Ia sangat ajaib, saat anda merasakan anda mencipta kehidupan itu adalah luar biasa. Saya sentiasa mengambil epidural, jadi ia tidak begitu menyakitkan," kata Gadot dalam temu bual dengan InStyle.

Dalam pada itu, pelakon Wonder Woman ini menambah bahawa fasa kehamilan membuatkan dirinya berasa paling mual.

"Saya berasa sakit dan mengalami migrain.

"Saya tidak berada dalam elemen saya," katanya.

Gal Gadot dan suaminya Jaron Varsano dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alma, 10, Maya, 4, dan Daniella yang baharu dilahirkan pada 29 Jun lalu.-PEOPLE

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain