suria

Pemandu arwah Vanessa Angel alami depresi, berat badan turun mendadak ketika dalam tahanan

Joddy kini dalam tahanan polis.

KEMALANGAN maut melibatkan pasangan selebriti Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah telah mengheret pemandunya ke muka pengadilan.

Pemandu arwah Vanessa iaitu Tubagus Joddy itu kini ditahan di Polres Jombang Jawa Timur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakuan pemandu arwah Vanessa Angel... Rupa-rupanya ini yang berlaku 1 jam sebelum kemalangan

Joddy menjadi sasaran warganet Indonesia yang geram dengan kelalaiannya sehingga menjadi punca pasangan itu maut dalam kemalangan jalan raya.

Namun ada khabar yang kurang enak mendakwa berat badan Joddy turun mendadak akibat depresi.

Bagaimanapun, pihak polis menafikan perkara itu dan memaklumkan Joddy tenang dan aktif beriadah.

joddy3

Doddy rasa bersalah atas kematian Vanessa dan suami.

"Dia masih ditahan, aktif beriadah dan kelihatan lebih tenang sekarang. Mungkin menyesali kejadian yang dilakukannya. Jadi sudah lebih tenang sekarang," ujar polis.

Sebelum itu, bapa Joddy, Endang Lesmana memberitahu anaknya semakin kurus ketika dalam tahanan.

Menerusi satu temuramah di YouTube Intens Investigasi, bapanya berkata, kurus yang dimaksudkan bukan tidak sihat.

"Kurus bukan tidak sihat ya, justeru sekarang lebih kelihatan sihat dengan keadaan badan sekarang.

"Dulu dia agak gemuk kerana selalu makan yang tidak bagus, sekarang pola makanannya lebih teratur,

"Pastinya berat badannya menyusut bukan sebab makan sahaja, mungkin juga sebab fikirannya," ujarnya.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain