suria

Diserang strok punca kematian Betty White, tak sempat sambut ‘birthday’ ke-100 secara besar-besaran

Betty meninggal dunia akibat serangan strok.

BERITA aktres terkenal Betty White yang meninggal dunia 17 hari sebelum ulang tahun kelahiran yang ke-100 pada 31 December tahun lalu mengejutkan ramai pihak.

Selepas 11 hari pemergiannya, akhirnya laporan kematian mendedahkan aktres berusia 99 tahun itu meninggal dunia akibat serangan strok.

Sebelum ini, menerusi Twitter pihak polis Los Angeles memberitahu kematian bintang Golden Star itu disebabkan daripada penyakit biasa.

Menerusi laporan People, Betty pernah berkongsi hasratnya untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 secara besar-besaran.

"Saya akan mengadakan majlis besar-besaran untuk sambutan hari lahir saya. 100 tahun... saya tidak percaya ia akan tiba.

"Majalah People akan turut menyambut bersama-sama saya," katanya. - Hollywoodlife

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain