KES penyalahgunaan dadah membabitkan pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya iaitu Ardi Bakrie berakhir apabila pasangan ini dijatuhkan hukuman penjara setahun. Menurut laporan Kapanlagi, hukuman tersebut diputuskan oleh barisan hakim diketuai Ketua Hakim Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat pada Selasa. Mendengar hukuman itu, Nia dilihat tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata. ARTIKEL BERKAITAN: Empat bulan di pusat pemulihan, Nia Ramadhani semakin sihat... rajin ikuti kelas agama dan kaunseling Berdasarkan foto yang dirakam media, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini kelihatan sugul dan matanya sembab ketika keluar daripada mahkamah. Nia yang mengenakan kemeja putih bersama blazer hijau hanya berlalu pergi dan tidak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh media. Nia berlalu meninggalkan mahkamah tanpa menjawab pertanyaan media. Pasangan ini dikawal ketat oleh pengawal yang menjaga sepanjang laluan keluar dan meninggalkan mahkamah menaiki kenderaan berwarna putih. Sebelum ini, Nia, Ardi, dan pemandu peribadi mereka telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Cibubur selama 12 bulan. Namun, mereka hanya sempat menjalani pemulihan selama lima bulan di pusat pemulihan, Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat. Proses perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Jakarta Pusat. Pada Julai 2021, pemandu peribadinya iaitu Zen Vivanto telah ditahan polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.78 gram. Penangkapan itu turut membawa kepada penahanan Nia yang ketika itu dipercayai sedang melakukan aktiviti melibatkan penggunaan syabu. Tidak lama kemudian, suaminya pula datang menyerah diri di balai polis pada hari yang sama. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!