KEADAAN pelawak dan pengacara Tukul Arwana sekarang ini dikatakan semakin baik selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak September lalu. Tukul kini boleh makan sendiri seperti biasa dan masih dalam proses pemulihan di rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak seberang sanggup tayang rambut demi duit, tak peduli kecaman netizen ‘on off’ pakai tudung "Proses fisioterapi setiap hari di rumah dan tiga kali seminggu di klinik sangat membantu Tukul untuk sihat. "Sekarang dia sudah boleh makan seperti biasa dan menyuap sendiri. Tidak lagi makan makanan yang dikisar," jelas Kimon yang merupakan jurucakap kepada Tukul. Tukul alami pendarahan otak pada September lalu. Bagaimanapun menurutnya lagi Tukul masih belum boleh bercakap seperti biasa. Dalam masa sama, keluarga Tukul juga membataskan kunjungan rakan-rakan artis kerana mahu pelawak itu berehat secukupnya. "Dia berkomunikasi pakai isyarat, hanya mengangguk. Tetapi setidak-tidaknya dia sudah boleh faham orang bercakap. Sudah boleh tersenyum dan bergurau dengan keluarga. "Dia juga tidak kelihatan sedih. Sudah boleh kecawa dan bergurau. "Kita bataskan supaya tidak setiap hari orang datang menjenguknya di rumah kerana dia perlu berehat,"ujarnya. Pada September tahun lalu, Tukul dikejarkan ke hospital kerana mengamali pendarah otak. Dia ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dikejarkan ke Rumah Sakit Pusat Otak Nasional. Tukul selamat menjalani pembendahan dan meneruskan proses pemulihan di rumah. - LIPUTAN6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!