MENJALANI proses kuarantin selepas pulang dari luar negara, penyanyi Anang Hermansyah membelanjakan hampir RM30,000 untuk bayaran hotel. Mereka menjalani kuarantin selama 12 hari termasuk anak dan menantunya iaitu Aurel dan Atta Halilintar serta rombongan yang turut ke luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar syukur lalui 2021 dengan baik... Berkahwin dengan Aurel Hermansyah detik paling indah! Menurut laporan Detikhot, seorang pekerja hotel memberitahu mereka juga perlu memenuhi banyak permintaan Aurel. “Dia kan sedang hamil, sering memesan makanan. Kami penuhi segala permintaannya. Pihak hotel senang memenuhi segala permintaan Aurel yang sedang hamil “Kerana jumlah mereka ramai, mereka mohon untuk tinggal di aras yang sama. Di situ ada ruang makan dan ruang tamu untuk mereka. “Disebabkan mereka menempah satu aras, jadi jumlahnya lebih kurang Rp100 juta,” ujar pekerja hotel. Sepanjang tempoh kuarantin mereka masih melakukan aktiviti bersama seperti bersenam dan membuat video. -DETIKHOT Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!