DUA bulan mendirikan rumah tangga, pelakon dan YouTuber terkenal Indonesia Ria Ricis dikhabarkan kini sedang hamil cahaya mata pertama. Malah kakak kepada aktres itu iaitu pelakon Oki Setiana Dewi juga mengunci mulut kerana beranggapan adiknya lebih layak untuk berkongsi berita gembira tersebut. "Biar Ricis yang lebih layak untuk mengumumkannya. Tapi apa-apa pun, walaupun seperti klise, tapi dia mohon doa daripada semua orang supaya sihat. "Insya-Allah kalau memang sudah tiba masanya, Ricis akan kongsikannya sendiri," kata Oki Setiana Dewi. Sehingga kini, Ria Ricis mahupun suaminya iaitu Teuku Ryan masih berdiam diri mengenai spekulasi hamil itu. Spekulasi itu mula timbul selepas pasangan itu mengubah topik perbualan apabila disoal mengenai kehamilan tersebut baru-baru ini. Berikutan itu, netizen mula membuat spekulasi bahawa Ria Ricis sedang menyembuyikan kehamilannya. Untuk rekod, Ria Ricis mendirikan rumah tangga dengan Teuku Ryan pada 17 November tahun lalu. - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!