suria

Hubungan Ridho Ilahi dan Dinar Candy putus gara-gara wanita Batam

Salah faham menyebabkan hubungan Ridho dan Dinar bermasalah.

PELAKON Indonesia, Ridho Ilahi mendedahkan hubungan dia dan kekasih iaitu Dinar Candy terputus baru-baru ini hanya disebabkan perbualannya bersama seorang pengusaha produk.

Bagaiamanapun salah faham tersebut berjaya diselesaikan dan mereka kini kembali berbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kaya sanggup beli seluar dalam terpakai milik DJ Dinar Candy dengan harga RM14,000

“Ada seorang usahawan dari Batam mahu kami mempromosikan produk mereka.

“Dia tidak dapat menghubungi Candy, jadi terus bertanyakan kepada saya. Hal itu menyebabkan kami bergaduh,” cerita Ridho.

Sementara itu Dinar memberitahu pada waktu tersebut hubungan mereka memang bermasalah. Perbualan Ridho dengan usahawan wanita tersebut menambahkan lagi masalah mereka.

ridho 2

Masalah yang berlaku membuatkan mereka lebih matang

“Ketika itu kami sedang bergaduh, jadi isi perbualan tersebut menambahkan lagi marah,” ujar Dinar.

Salah faham yang berlaku membuat kedua-dua lebih matang dalam bercinta. Ridho juga percaya perkara sebegini pasti akan terjadi dalam setiap perhubungan.

“Ada yang istimewa dalam hubungan ini.

“Tak mungkin dalam cinta itu semuanya bagus. Masalah pasti akan berlaku.

“Itu yang membuatkan hubungan kita menjadi dewasa,” jelas Ridho. yang popular menerusi drama Pengantin Dini. -KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ridho Ilahi, DJ Dinar Candy

Artikel Lain