PENYANYI dangdut popular Indonesia Inul Daratista berkongsi foto ketika sarat hamil anaknya, Yusuf Ivander Damares yang kini sudah berusia 13 tahun. Inul juga mengimbau kenangan suka duka yang dirasakan selama sembilan bulan mengandung anak lelakinya itu. “Cerita kisah wanita hamil banyak sekali, tak seperti manisnya di foto ini, sembilan bulan tidur duduk kerana kalau terlentang perut sakit dan bayi terancam,” ujarnya. Inul kongsi foto-foto ketika hamil. Menerusi foto itu terlihat keadaan Inul yang sedang sarat hamil bersama suaminya Adam Suseno. Kata Inul, dia merasakan sakit yang luar biasa. “Bayi songsang ketika lahir, usia lapan bulan bayi cuma satu kilogram. Badan besar, perut besar tapi bayi kecil,” ujarnya. Perkongsian tersebut merupakan kenangan yang mahu dikongsikan penyanyi itu kepada peminat-peminatnya. Kata Inul, ketika foto itu diambil masih belum ramai yang merakam gambar kenangan ketiga hamil. - KOMPAS Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI