suria

Tahniah! Priyanka Chopra, Nick Jonas timang anak pertama guna khidmat ibu tumpang

Nick dan Priyanka menerima kehadiran bayinya melalui khidmat ibu tumpang.

SELEPAS hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas menimang cahaya mata perempuan.

Pasangan tersebut menyambut bayi sulung mereka melalui kaedah ibu tumpang dan memohon agar diberikan ruang privasi untuk fokus kepada keluarga.

Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan di usia kandungan 27 minggu di Hospital Southern California.

“Kami sangat gembira umumkan yang kami telah menyambut kehadiran bayi melalui ibu tumpang.

“Kami memohon privasi sepanjang waktu istimewa ini sebagaimana kami ingin memberi tumpuan kepada keluarga kami. Terima kasih,” tulis pasangan tersebut.

Nick dan Priyanka yang berkahwin pada 1 Disember 2018 berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram masing-masing.

Ruang komen di perkongsian mereka dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain