suria

Irwansyah belum sedia tambah isteri - “Ada seorang pun dah berat!”

Irwansyah takut memegang tanggungjawab besar jika memiliki lebih daripada seorang isteri.

PELAKON terkenal Indonesia, Irwansyah mengakui masih belum bersedia untuk memiliki lebih daripada seorang isteri.

Menurut laporan Kompas, Irwansyah menyedari dia perlu memikul tanggungjawab berat jika memilih untuk hidup berpoligami.

"Ada seorang pun dah berat! Memang boleh (poligami) tidak dilarang, cuma tanggungjawab kita terhadap isteri selepas itu.

"Kalau dia ada terasa hati walaupun sedikit atau rasa tidak adil, dosanya sangat besar. Itu salah satu penghalang kita masuk syurga.

"Lagipun kita hidup di dunia ini cuma beberapa tahun sahaja," katanya.

irwansyah 2

Irwansyah bersyukur miliki Zaskia sebagai isteri.

Irwansyah berkata demikian menjawab soalan yang diajukan oleh Maia Estianty mengenai isu poligami di laman YouTube Maia Aleldul TV pada Khamis.

Sementara itu, isterinya Zaskia Sungkar turut mengakui masih belum mempunyai kekuatan untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Bagaimanapun Zaskia tidak menolak jika ditakdirkan satu hari nanti dia hidup bermadu dengan wanita lain.

"Mungkin kalau iman saya ada di level (tinggi), mungkin saya bersedia.

"Wallahualam, jalan hidup kita kan masih ada lagi, bukan berhenti di sini sahaja, mudah-mudahan saya boleh sampai ke tahap itu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain