PENYANYI Rizky Febian akui dia kini rapat dengan Mahalini Raharja yang merupakan bekas peserta Indonesian Idol musim kesepuluh. Mereka berdua juga pernah dilihat meluang masa cuti bersama di Bali, Indonesia baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah drama ‘Layangan Putus’ mohon maaf, dapat tahu ramai wanita mula curiga takut suami curang Apabila ditanyakan tentang hubungan sebenar mereka, Rizky hanya memohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik buat mereka. “Kita tidak pernah tahu. Lihat sahaja apa yang akan terjadi nanti. “Doakan sahaja apa pun yang saya jalani tahun ini akan menjadi berkat dan bermanfaat kepada semua,” jelas Rizky. Mahalini dikatakan wanita yang rapat dengan Rizky sekarang Sementara itu anak kepada pelawak Sule ini juga mendedahkan dia bersahabat baik dengan pelakon Anya Geraldine yang kini semakin popular menerusi drama Layangan Putus. Mereka sebelum ini pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta. Anya bagaimanapun kini sudah mempunyai kekasih dan Rizky sendiri amat gembira melihat kebahagiaan sahabatnya itu. “Saya sangat rapat dengan Anya dan kami berkawan baik. Rizky senang meluahkan perasaan dengan Anya “Ketika saya mengadakan konsert dia datang bersama kekasihnya. Kami saling menyokong kerjaya masing-masing. “Kenapa harus sedih sudah ada kekasih? Harus ikut sama gembira. “Saya lebih senang dapat kenal dengan dia sejak dahulu lagi. Jika ada apa-apa saya suka luahkan kepadanya,” ujar. LIPUTAN6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!