KIRA-KIRA setahun perkahwinan dibina, pelakon dan model Pamela Anderson memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dan Hayhurst. Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu hubungan Pamela dan Dan tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini. Difahamkan, Pamela memfailkan perceraian tersebut di Kanada memandangkan pasangan itu sudah menetap di negara tersebut sejak Disember 2020. Sehingga kini, Pamela masih mengunci mulut mengenai berita tersebut. Pamela bertemu dengan Dan ketika suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan selebriti pada awal 2020 selepas berpisah dengan Jon Peters. Pasangan itu melangsungkan perkahwinan secara tertutup di kediaman Vancouver Island Pamela pada sambutan Krismas 2020. Ia merupakan perkahwinan kali keempat buat Pamela. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!