DRAMA rantaian Layangan Putus dari Indonesia kini menjadi sebutan ramai sehingga trending di beberapa buah negara. Menyentuh kisah curang dan pergolakan rumah tangga, drama lakonan mantap Putri Marino, Reza Rahadian dan Anya Geraldine ini berjaya menyentuh emosi ramai penonton. ARTIKEL BERKAITAN: Reza Rahadian terkejut nama trending selepas kongsi perjalanan jadi mualaf Sedar akan respons yang diberikan, pengarah drama tersebut iaitu Bennie Setiawan memohon maaf jika ada yang merasa benci dan marah dengan watak Aris lakonan Reza dan Lydia (Anya). “Saya mohon maaf kepada wanita di seluruh Indonesia yang naik darah kerana watak Aris dan Lydia. “Disebabkan sikap Aris yang curang, ramai isteri yang mula memeriksa telefon bimbit suami. Saya yakin suami anda bukan begitu.” ujar Benni. Benni memuji lakonan Putri Marino yang memberikan gambaran berbeza dalam hidup wanita Sementara itu Benni turut memuji lakonan Putri Marino sebagai Kinan yang banyak memberi inspirasi kepada wanita. “Kinan menggambarkan seorang wanita yang tidak menerima sesuatu keadaan begitu sahaja. Dia lembut, cerdas, kuat, ada strategi dan tidak bertindak sebarangan. “Watak Kinan yang tidak hanya menangis mungkin membuatkan ramai wanita terinspirasi,” ujarnya. Layangan Putus boleh ditonton menerusi aplikasi pensrtiman digital. LIPUTAN6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!