suria

Tak mahu beratur panjang, Deepika Padukone sanggup masuk tandas lelaki biarpun busuk

Deepika dan Alia pernah pergi konsert Coldplay.

PERNAH berhibur di konsert Coldplay di Berlin, pelakon Deepika Padukone mengimbau kembali momen mencuit hati bersama aktres Alia Bhatt.

Deepika menerusi laporan Hindustantimes, memberitahu dia dan Alia pernah memasuki bilik air lelaki gara-gara enggan beratur panjang.

Biarpun keadaan bilik air tersebut tidak bersih, namun dia terpaksa menggunakan tandas tersebut.

"Kami di konsert Coldplay di Berlin dan ketika itu ada satu lagu yang tidak menarik perhatian kami. Alia bersama saya.

"Alia dan saya pergi ke bilik air wanita... kena beratur panjang, jadi kami terus masuk bilik air lelaki.

"Walaupun tak berapa bersih, tapi saya tetap gunakan tandas situ," kata Deepika.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain