suria

17 tahun bercerai, Rhoma Irama dikhabar mahu rujuk dengan bekas isteri

Rhoma Irama dikhabarkan ingin kembali dengan bekas isteri.

RAJA dangdut Indonesia Rhoma Irama dikhabarkan ingin merujuk kembali bekas isterinya Angel Lelga selepas 17 tahun berpisah

Ia dikongsikan oleh Angel menerusi Chanel Youtube Infoline ID menganggap bekas suaminya itu masih belum boleh move on.

"Macam mana ya? Bekas suami saya masih susah nak move on, kalau untuk kembali bersama itu bukanlah hal yang mengejutkan," katanya.

Angel juga bersyukur walaupun sudah lama bercerai namun Rhoma Irama masih ingatkan dirinya.

Dia akui selama ini dia masih menjalinkan hubungan yang baik dengan penyanyi itu.

"Alhamdulillah bekas suami masih fikirkan aku, ingin rujuk semula bermaksud saya ada peribadi yang baik di matanya. Saya positif sahaja.

"Hubungan silaturrahim antara kami masih tetap baik," ujarnya.

Rhoma Irama dan Angel Lelga berkahwin pada tahun tahun 2003 dan bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain