suria

Mangsa buruk sangka... Boy William dan Giorgino Abraham dituduh sengaja buat ‘content’ positif Covid-19

Giorgino (kiri) dan Boy William pelik ada yang anggap mereka tipu soal Covid-19

PELAKON Boy William dituduh sengaja mengadakan cerita dia terkena jangkitan Covid-19 hanya kerana untuk kandungan di media sosial.

Namun bintang Dimsum Martabak ini pelik bagaimana isu tersebut timbul sedangkan dia benar-benar dijangkiti virus maut berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pelakon Indonesia ditahan kerana dadah, polis jumpa ganja di rumah Ardhito Pramono

"Kenapa ada yang berfikir saya sengaja mahu dijangkiti Covid-19? Untuk penajaan?

"Covid-19 ini menyusahkan, sayangnya saya dijangkiti sekali lagi. Semoga semua berhati-hati," tulis Boy William di Instagram.

giogirno 1

Giorgino ketika mendapatkan rawatan selepas disahkan positif Covid-19

Keraguan dalam kalangan netizen timbul disebabkan Boy turut meletakkan pautan nama klinik tempat dia menerima rawatan yang dianggap sebagai satu bentuk iklan pemasaran.

Perkara yang sama turut dilalui oleh pelakon Giorgino Abaraham.

"Itu hak anda untuk berfikir begitu, tidak ada masalah.

"Apa yang pasti saya berharap anda tidak merasai apa yang saya lalui sekarang ini.

"Jangan sampai anda merasakan sendiri untuk buktikan ia benar," tulis pelakon filem Tersanjung The Movie ini. LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain