suria

Tak tenang tengok barang bersepah, Prilly Latuconsina syak hidap penyakit OCD

Prilly tak tenang lihat barang bersepah.

SENTIASA ingin melihat barang tersusun rapi, pelakon Prilly Latuconsina memberitahu dia kemungkinan mengidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD).

Memetik laporan Liputan6, Prilly berkata dia bagaimanapun tidak pernah bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan penyakit tersebut.

Biarpun OCD merupakan satu penyakit, namun Prilly menganggap ia memberi kelebihan kerana barangnya sentiasa tersusun kemas.

"Saya tak pernah buat pemeriksaan doktor. Tapi saya sendiri yang berasakan diri ada penyakit itu.

"Kalau ada barang saya tak tersusun, saya akan rasa tak tenang. Contoh, pintu almari senget, saya akan minta pembantu untuk betulkan.

"Disebabkan itu juga, barang-barang saya sentiasa tersusun. Saya menjaga barang saya dengan teliti," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain