suria

Atta Halilintar didakwa tempah satu tingkat bangunan hospital sambut anak pertama

Atta sediakan bilik untuk keluarga besarnya sambut kelahiran anak pertama

BAKAL menyambut kelahiran cahaya mata pertama, Youtuber terkenal Atta Halilintar dikhabarkan sudah menempah satu tingkat bangunan hospital untuk menempatkan kehadiran ahli keluarga yang lain.

Menjawab dakwaan tersebut, suami kepada Aurel Hermansyah ini terkejut cerita tersebut diperkatakan. Bagaimanapun Atta akui sudah menembah beberapa bilik untuk keluarga besarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar syukur lalui 2021 dengan baik... Berkahwin dengan Aurel Hermansyah detik paling indah!

“Saya sendiri bingung. Dari mana cerita saya menempah satu tingkat hospital?

“Dalam setiap bilik ada peraturan dan jarak yang perlu dijaga. Jadi saya ambil beberapa bilik lagi untuk keluarga The Hermansyah, The Lemos, keluarga Halilintar dan The Atta.

“Akibat Covid-19 sekarang ini, satu bilik hanya boleh menempatkan beberapa orang sahaja. Kalau saya hanya mengundang satu keluarga sahaja pasti yang lain akan bercakap, jadi saya bawa semuanya.

"Bukan untuk menunjuk-nunjuk, saya hanya ikut peraturan kerajaan,” ujar Atta.

Menantu kepada penyanyi dan komposer Anang Hermansyah ini turut memberitahu segala persiapan lain sudah siap dilakukan.

“Persiapan bilik, baju-baju bayi dan tempahah hospital semua sudah siap. Kami juga mendapatkan khidmat doktor yang terbaik,” jelasnya. -KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain