PELAKON Courtney Cox mengaku menyesal melakukan beberapa rawatan kecantikan seperti suntikan botox di wajahnya bagi kelihatan muda.Courtney, 57, itu berkata, rawatan itu tidak memberikan hasil seperti diharapkan sehingga membuatkan wajahnya kelihatan aneh.“Saya sedar wajah saya kelihatan sangat aneh dengan suntikan dan rawatan-rawatan lain yang saya buat dahulu,” katanya ketika ditemubual Sunday Times.Dia juga berkata, ramai rakan-rakannya mengkritik penampilannya kini.Netizen turut memberi respons yang negatif sehingga membuatkan dia hilang keyakinan.Namun, kini dia sudah menerima keadaan dirinya dan seronok menikmati proses penuaan.Courtney berkata, dia masih menitikberatkan penjagaan wajah dengan mencuba produk-produk baharu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!