suria

Dua tahun pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari masih cuba biasakan diri

Bungan masih cuba membiasakan diri tanpa suami di sisi.

DUA tahun kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair pemergian tersebut pasti masih dirasai oleh penyanyi dan pelakon popular Bunga Citra Lestari.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Bunga meluahkan kata-kata cinta bersama foto di pusara Allahyarham.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari akui mental 'down' ketika kuarantin, lalui detik sukar berpisah dengan anak

“Dua tahun awak telah pergi.

“Hidup ini tidak sama tanpa awak di sisi, tetapi kami cuba membiasakan diri.

“Kami melalui hari-hari yang lebih baik, kami gembira sekarang dan harap awak begitu juga.

Bungan masih cuba membiasakan diri tanpa suami di sisi

Bunga dan Noah biasakan diri hidup tanpa Allahyarham Ashraf.

“Terima kasih atas kasih sayang awak, Daddy,” tulis Bunga.

Dia dilihat menziarahi pusara arwah Ashraf bersama anak mereka Noah pada Jumaat.

Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada November 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain