PELAKON Brad Pitt mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya Angelina Jolie kerana menjual ladang anggur dan memproses wain tanpa persetujuaannya. Menurut laporan TMZ, Jolie telah pun menjual bahagian miliknya kepada seorang usawahan dari Rusia.ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie dedah lalui 5 tahun sukar selepas bercerai dengan Brad Pitt Brad dikatakan telah melabur sejumlah wang besar dan juga tenaga ketika membeli ladang yang terletak di Perancis itu pada tahun 2008. Ketika itu kedua-duanya sepakat tidak akan menjual bahagian masing-masing tanpa persetujuan salah seorang antara mereka. Julai tahun lalu Jolie teleh membuat permohonan mahkamah untuk melakukan proses jual beli. Pitt membenarkan perkara tersebut namun tidak meletakkan sebarang persetujuan. Kemudian pada Oktober 2021, Pitt terkejut apabila mendapat tahu proses jual beli telah dijalankan. Pitt mendakwa tindakan Jolie itu dilakukan tanpa bertanyakan kepadanya terlebih dahulu. Dia kini memohon pihak mahkamah untuk membatalkan perjanjian jual beli tersebut. Pitt dan Jolie berkahwin pada Ogos 2014 dan sah bercerai pada April 2019. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak iaitu Shiloh serta pasangan kembar Knox dan Vivienne. Mereka juga mengambil tiga orang anak angkat iaitu Maddox, Zahara dan Pax. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!