suria

Inul Daratista, suami ‘berkampung’ 8 hari di hospital teman anak demam denggi

Inul kongsi foto bersama suami menemani anak di wad hospital.

PENYANYI dangdut Indonesia, Inul Daratista berkongsi perkembangan terkini anaknya Yusuf Ivander Damares yang sudah lapan hari dimasukkan ke hospital akibat demam denggi berdarah.

Menurut laporan Liputan6, Inul dan suami iaitu Adam Suseno dilihat menemani anak lelakinya itu di bilik wad sepanjang tempoh rawatan berkenaan.

Inul berharap anaknya yang berusia 12 tahun itu dibenarkan pulang segera selepas mereka berdua berkampung di wad sejak lapan hari lalu.

"Selamat pagi dari kami yang tidur macam ikan tengah beratur.

"Bismillah sudah hari kelapan. Harap boleh pulang, mahu berehat di rumah saja, dah mahu gila di hospital sahaja," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meskipun Yusuf masih belum pulih sepenuhnya, pasangan ini dilihat ceria bergurau senda dengan anak mereka di katil hospital.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain