PERMINTAAN bapa kepada YouTuber Atta Halilintar, Halilintar Anofial Asmid yang mahu menantunya iaitu Aurel Hermansyah bersalin secara normal mengudang kritikan netizen. Menerusi video yang tular di laman sosial, Halilintar berkata dia bimbang sekiranya menantu bersalin secara pembedahan akan menyebabkan sukar untuk dikurniakan anak yang ramai kelak. "Biar lahir secara normal, jangan sampai lakukan pembedahan. Kalau bedah, Atta tak boleh ada anak yang ramai," katanya. Gara-gara kenyataan tersebut, bapa mentua Aurel itu dikecam netizen yang tidak bersetuju dengannya. "Aurel berhak untuk menentukan bilangan anaknya. Kalau ibu tak mahu, terserah kepadanya. Tak semua orang mahu ramai anak," komen netizen. Untuk rekod, Atta mendirikan rumah tangga dengan Aurel pada April 2021 dan pasangan itu bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!